Cara Hidup Islam Part 2
IMAN: WATAK DAN SIFATNYA
Demikianlah beberapa kaedah dasar yang dimaksudkan perlu kita fahami dalam
melihat kehendak Allah Subhanahu Wata'ala yang telah menyediakan kepada
manusia pedoman-pedoman hidup manakala di sudut lain Allah telah
menjelaskan tentang watak, kedudukan dan darjat manusia di dalam alam jagat
yang luas ini.
Sekarang marilah kita mengkaji dasar-dasar yang di atasnya Al Quran
menegakkan hubungan manusia dengan Allah Subhanahu Wata'ala dan konsepsi
hidup yang dengan sendirinya lahir dari perhubungan tersebut.
Al Quran telah menjelaskan permasalahan di atas di beberapa tempat tetapi
keseluruhan konsep hidup sebagai yang digambarkan telah tersimpul di dalam ayat berikut:\
"Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala telah
membeli diri orang-orang Mu'min, jiwa-jiwa mereka dan harta
kekayaan mereka dengan menyediakan bagi mereka Al Jannah
(syurga). Mereka berperang di jalan Allah, mereka membunuh
(musuh-musuh Allah) dan mereka dibunuh (oleh musuh- musuh
Allah). (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat,
Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain)
daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah
kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." (Surah
Al-Taubah: ayat 111)
membeli diri orang-orang Mu'min, jiwa-jiwa mereka dan harta
kekayaan mereka dengan menyediakan bagi mereka Al Jannah
(syurga). Mereka berperang di jalan Allah, mereka membunuh
(musuh-musuh Allah) dan mereka dibunuh (oleh musuh- musuh
Allah). (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat,
Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain)
daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah
kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar." (Surah
Al-Taubah: ayat 111)
Dalam ayat di atas hubungan yang wujud di antara manusia dengan Allah
adalah atas landasan IMAN (perilaku yang penuh sedar meletakkan kepercayaan
kepada Allah) telah dipanggil 'penjualan'. Ini bermakna bahawa beriman dengan
Allah bukanlah satu konsep metafisik semata-mata; ia merupakan satu corak
'perjanjian' dalam mana manusia menyerahkan seluruh kehidupan dan harta
miliknya kepada Allah dengan mendapat tukaran syurga yang telah dijanjikan
baginya di Akhirat nanti. Dapatlah dikatakan bahawa Allah memberi kehidupan
dan harta milik orang-orang yang beriman serta berjanji dengan hanya balasan
adalah Syurga bagi kehidupan sesudah mati. Konsep 'penjualan' ini mempunyai
natijah yang amat penting dan dengan demikian kita mestilah terlebih dahulu
memahami watak dan maknanya dengan sejelas-jelasnya.
Kedudukan sebenar perkara ini ialah bahawa setiap benda di dalam dunia ini
adalah milik Allah Subhanahu Wata'ala. Dialah Pemilik sebenar bagi segala
benda. Dengan demikian kehidupan manusia dengan segala kekayaannya juga
adalah milik Allah kerana Dialah yang mencipta mereka dan memberikan
tanggungjawab kepada setiap insan menggunakan benda-benda itu (dengan cara
yang hak). Melihat permasalahan dari sudut ini, sebarang persoalan mengenai
jualan dan belian tidak timbul sama-sekali. Allah adalah pemilik sebenarnya.
Oleh yang demikian tidak timbul persoalan Ia membeli sesuatu yang telah
memang menjadi miliknya. Sebaliknya manusia bukanlah pemilik sebenar segala
yang dimaksudkan dan dengan demikian manusia tidak mempunyai apa-apa
hak untuk menjualnya.
Namun demikian ada satu perkara yang Allah kurniakan kepada manusia, yang
sekarang menjadi milik penuh untuk dirinya iaitu 'kebebasan ikhtiar'; kebebasan
untuk mengikuti atau mengingkari jalan Allah. Oleh kerana manusia telah
dikurniakan dengan kebebasan itu dia adalah bebas untuk mengakui atau tidak
kebenaran sesuatu perkara. Sekalipun manusia mempunyai kebebasan kehendak
dan kuasa memilih, ini tidaklah bermakna ia menjadi pemilik sebenar segala
tenaga dan sumber yang dikuasainya, juga tidak bermakna ia boleh
menggunakannya mengikuti kemahuan dirinya sendiri sama sepertimana
pengakuan atau penolakan sesuatu kebenaran itu tidak akan memberi bekas
kepada kebebasan itu, begitulah 'kebebasan' itu bererti ia bebas mengakui atau
menolak kedaulatan Allah Subhanahu Wata'ala ke atas kehidupan dan harta
bendanya. Sebaliknya dia meletakkan dirinya sendiri untuk bertindak secara
mutlak.
Jika ia mahu berbuat demikian ia boleh menganggap dirinya bebas dari sebarang
ikatan peraturan dengan Allah dan boleh berfikir bahawa ia menikmati hak-hak
dan kekuasaan secara mutlak ke atas semua perkara yang dimilikinya dan
dengan semikian ia boleh menggunakan segala-galanya itu menurut
kehendaknya sendiri tanpa terikat dengan mana-mana peraturan yang lebih
tinggi darinya. Di sinilah sebenarnya timbul masalah 'jualan' tadi. Penjualan itu
tidak bermakna bahawa Allah memberi sesuatu yang dimiliki oleh manusia.
Inilah watak yang sebenarnya.
Semua makhluk adalah kepunyaan Allah tetapi la telah mengurniakan
barang-barang tertentu kepada manusia untuk digunakan sebagai satu amanah
dariNya. Dan manusia telah diberikan kebebasan untuk menunaikan amanah
Allah itu secara jujur atau kalau dia disukainya dia akan menyalahgunakan dan
berbuat derhaka terhadap Allah.
Allah telah menuntut agar manusia dengan rela (tanpa sebarang tekanan dan
paksaan) sanggup segala barang-barang tadi sebagai milikNya dan wajib
menggunakannya sebagai satu amanah dari Allah dan bukan mengganggapnya
sebagai hak milik pensendirian yang boleh digunakan mengikut kehendak
hatinya. Oleh yang demikian manusia yang secara sukarela menolak kebebasan
itu malah menolak kekuasaan tertinggi dari Allah dan sebagai ganti
pengakuannya terhadap kekuasaan Allah tentulah dapat dikatakan dia telah
menjual autonominya (yang juga merupakan suatu kurniaan dari Allah dan
bukanlah sesuatu yang manusia memperolehinya dari dirinya sendiri) kepada
Allah, dan sebagai balasan yang telah Allah janjikan ia menerima balasan Syurga kekal yang abadi
Seseorang yang melakukan penjualan seperti itu adalah seorang Mu'min dan
IMAN adalah gelaran yang diberikan oleh Islam kepada 'iqrar setia' ini,
sementara sesiapa yang memilih untuk tidak memasuki 'iqrar setia' ini dan
mengambil satu jalan yang berlawanan dengan Islam, maka ini bererti batallah
perjanjiannya dengan Allah dan ia adalah KAFIR dan percubaannya
mengkhianati atau meleburkan janjinya dengan Allah itu diistilah sebagai
KUFUR.
Itu adalah bentuk 'ikatan'. Sekarang marilah kita mengkaji secara ringkas
berbagai-bagai aspek dan ketentuan-ketentuannya:
1. Allah Subhanahu Wata'ala menguji kita dengan dugaan-dugaan yang hebat
dalam dua perkara:
a) Ia telah membiarkan manusia hidup bebas. Namun demikian setelah diberi
kebebasan ia ingin melihat samada manusia itu menyedari kedudukannya atau
tidak; samada ia masih jujur dan bersikap gagah dan memelihara kesetiaannya
kepada Allah atau ia kehilangan pedoman dengan memberontak terhadap
Penciptanya; atau ia bergelagat sebagai suatu jiwa yang mulia atau
memijak-mijak nilai-nilai budisusila dan melakukan penipuan-penipuan
sehingga Malaikat-Malaikat menangis kepiluan lantaran jelek dan ngeri budinya.
b) Dia (Allah) ingin melihat sama ada manusia bersedia untuk yakin kepada
Allah yang menawarkan kehidupan dan harta kekayaannya dengan
balasan-balasan yang telah dijanjikan bagi kehidupan di Hari Akhirat dan Allah
ingin melihat sama ada ia bersedia atau tidak untuk rela patuh menyerahkan
kuasa autonomi dan segala kemanisan dan kelazatannya dengan merelakan
dirinya menerima balasan janji sebagai bekal masa depannya.
2. Ia adalah menjadi satu prinsip hukum Islam yang telah diterima bahawa
IMAN merupakan kepahitan dan ketaatan kepada satu rangkai ajaran (doktrines)
dan sesiapa saja yang berpegang kepada ajaran-ajaran tersebut mereka menjadi
seorang yang Mu'min. Tidak ada siapa pun yang berhak mencela mereka sebagai
orang yang tidak beriman atau pun mengeluarkan mereka dari ikatan kesatuan
ummah, kecualilah kalau terdapat bukti-bukti yang jelas tentang kepalsuan dan
pengingkaran iman mereka. Ini adalah aspek hukum kepada masalah tersebut.
Tetapi pada pandangan Allah Subhanahu Wata'ala IMAN itu mempunyai nilai
hanya apabila kemahuan dan pilihan manusia itu tunduk patuh sepenuhnya
kepada perintahNya. Di sinilah terletaknya pemikiran dan tindakan di mana diri
manusia patuh mentaati sepenuhnya kepada Allah dengan menafikan runtunan
nafsu dan ketinggian dirinya. Ini adalah sesuatu yang datangnya dari sudut hati
sanubari. Inilah satu sikap oleh orang yang waras dan punya persediaan dalam
sesuatu tindakan tertentu.
Jika seseorang itu mengungkapkan Kalimah Shahadatain membuat iqrar
mentaati ajaran Allah, malah mengerjakan sembahyang dan melakukan lain-lain
ibadat tetapi di dalam hatinya ia masih mempunyai rasa dialah yang berhak ke
atas dirinya dan dialah juga yang menguasai dan menentukan kekuatan anggota
tubuh badan dan daya pemikirannya; dan dengan akhlaq dan sumber
kebendaannya dia menggunakan semua itu mengikut kehendaknya dan terus
bersikap degil melayani pegangannya sebabnya banyak manusia sekalipun
melihatnya sebagai Mu'min, Allah tetap tidak melihatnya sebagai Mu'min malah
ia, tidaklah termasuk dalam tawaran penjualan yang disebut oleh Allah di dalam
kitab Suci Al Quran kerana perilaku demikian tidak langsung mengandungi
unsur-unsur IMAN.
Kalau seorang manusia itu tidak menggunakan kuasa dan sumber-sumber
mengikut jalan yang telah diperintahkan oleh Allah malah dia menggunakan
dengan cara dan untuk tujuan yang terlarang, maka tindakan demikian jelas
sekali ia tidak menjanjikan kehidupan dan hartanya kepada Allah atau kalau pun
telah dijanjikannya, dia mengkhianati perjanjian tersebut dengan amalan-amalan
atau perbuatan- perbuatannya sendiri.
3. Watak Iman membuatkan cara hidup Islam berkerja dan sangat berbeza dari
cara hidup yang bukan Islam. Seorang Muslim yang benar IMANnya kepada
Allah, membentuk seluruh aspek hidupnya patuh mentaati kehendak Allah.
Seluruh hidupnya adalah satu pengabdian dan kepatuhan dan dirinya tidak
bertindak laku dengan cara yang angkuh atau mengikut jalan sendiri kecuali ia
melakukannya dalam keadaan terlupa. Tetapi selepas kembali sedar ia segera
bermohon keampunan kepada Allah dan bertaubat dari kesalahannya.
Begitu juga sekumpulan manusia atau masyarakat yang dianggotai oleh orang
yang benar-benar beriman tidak akan menyimpang dari undang-undang Tuhan
mereka. Peraturan-peraturan politik, system undang- undang dan strategi
antarabangsanya mestilah segala-galanya selaras dengan alasan-alasan pimpinan
yang telah diwahyukan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dan mestilah tidak
sedikitpun berlawanan denganNya. Dan kalaulah terjadi kesalahan atau
tertinggal mana bahagian ia mestilah dibetulkan segera bila disedari dan kembali
kepada garis-garis yang telah ditentukan oleh Allah. Hanya golongan kafir sahaja
yang merasa lepas bebas dari pimpinan Tuhan dan bertindak sesuka hati
mengikut kemahuan. Barangsiapa bertindak atas dasar demikian, sekalipun
mempunyai gelaran nama yang sama dengan seorang Islam (Muslim), ia adalah
seorang yang mengikuti jejak Syaitan dan mengikuti jalan golongan-golongan
orang yang KAFIR.
4. Kehendak Tuhan, yang berkewajipan untuk diikuti oleh manusia, adalah
satu-satunya yang Tuhan sendiri telah mewahyukan sebagai petunjuk kepada
manusia. Kehendak Allah itu bukanlah hak manusia untuk menentukannya.
Tuhan sendiri telah menyatakannya secara jelas dan tiada keraguan mengenainya.
Oleh yang demikian kalaulah seorang atau sesuatu atau sesuatu masyarakat itu
jujur, mulia dan tegas dalam perjanjian dengan Allah, ia berkewajiban
membentuk seluruh segi kehidupannya menurut (peraturan- peraturan yang
termaktub dalam) Kitab Allah dan Sunnah RasulNya Sallallahu 'Alaihi Wasallam
dengan satu pandangan yang mudah akan dapat dilihat bahawa semua
aspek-aspek dan ketentuan-ketentuan ini secara logiknya sudah terkandung di
dalam penjualan itu dan adalah nyata sekali dari perbincangan di atas mengapa
bayaran 'harga' itu ditangguh hingga kepada Hari selepas kematian (kehidupan
di Alam Akhirat).
Syurga bukanlah anugerah kerana pengakuan Iman semata-mata tetapi ia adalah
satu anugerah sebagai balasan kepada perlaksanaan dari pengakuan iman yang
telah diiqrarkan. Jika tidak perjanjian itu ditunai sepenuhnya dan tabiat
hidupnya benar telah serasi dengan persyaratan 'janji' maka ia tidak berhak
kepada balasan sedemikian. Oleh itu tindakan terakhir dari 'penjualan' itu dikira
hanya pada waktu-waktu akhir kehidupan si penjual dan adalah sesuatu
pembalasan diberikan untuknya di alam Akhirat.
Satu lagi perkara penting akan timbul dari pengkajian Ayat (Al Qur'an) yang
tersebut apabila ianya dibaca dengan merujuk perkara yang berhubungan.
Dalam ayat-ayat lain yang mendahuluinya, rujukan telah dibuat kepada
orang-orang yang mengaku diri mereka beriman dan berjanji untuk setia dalam
mentaati Allah, tetapi apabila tiba ujian-ujian daripada Allah terbuktilah
kepalsuan pengakuan mereka. Sebahagian dari mereka cuai dengan panggilan
waktu malah ada yang mengkhianati perjuangan Islam. Manakala sebahagian
yang lain pula bersikap munafiq dan enggan untuk mengorbankan kesenangan
dan kemewahan hidup mereka demi perjuangan di jalan Allah.
Selepas menjelaskan tentang hal-hal orang seperti ini dan mengecam sifat yang
tidak ikhlas dan pura-pura itu Al Quran telah menjelaskan bahawa IMAN adalah
satu 'perjanjian' - yakni satu bentuk janji dari manusia kepada Allah. Ianya
bukanlah semata-mata pengakuan percaya kepada Allah. Ianya adalah satu
pengakuan bahawa hanya Allah sahaja Tuhan kita, Dialah yang menjadi
Pemerintah Tertinggi, Penguasa dan seluruh benda yang ada pada manusia
termasuk kehidupannya adalah milik Allah dan dengan demikian manusia
berkewajipan mengguna benda-benda tersebut mengikut ketetapan dari Allah.
Jika seseorang Muslim mengambil sesuatu peraturan lain yang bertentangan
dengan Islam, dia sudah tidak lagi berlaku jujur dehgan iqrar keimanannya.
Orang-orang yang benar IMANnya ialah orang-orang yang menjual seluruh
hidupnya dan apa saja yang dimilikinya kepada Allah dan orang-orang yang
mengikuti segala perintah Allah dalam semua bidang kegiatan. Mereka
mempertaruhkan segala-segala yang ada dalam menegakkan perintah- perintah
Allah dan tidak sedikitpun menyimpang dari jalan dan ketaatan kepada Allah
Rabul 'Alamin. Itulah sahaja orang-orang yang benar-benar beriman.
0 comments:
Post a Comment