Ma'rifat dan Munkarat
MA'RIFAT
Syari'at membahagikan Ma'rufat kepada tiga bahagian;
1. Fardhu'ain wajib (perkara-perkara yang diperintahkan kita melakukannya, jika
dilaksanakan mendapat pahala dan berdosa jika ditinggalkan - penterjemah).
2. Sunat dan Matlub (perbuatan atau 'amalan yang digalakkan kita
melakukannya dengan diberi pahala bila dilaksanakan dan tidak berdosa jika
ditinggalkan - penterjemah).
3. Mubah (perkara yang tidak diberi pahala bila dikerjakan dan tiada berdosa jika
ditinggalkan - penterjemah).
Ma'rufat yang pertama (Fardu), adalah wajib dilaksanakan oleh sesuatu
masyarakat Islam dan Syari'at telah memberikan arahan-arahan dan peraturan
yang sangat jelas. Bagi Ma'rufat yang kedua pula (Sunat) Syar'at menganjurkan
dan inginkan agar masyarakat umat Muslimin mengambil tahu dan
melaksanakannya. Beberapa bahagian daripadanya secara jelas dituntut kita
melaksanakannya manakala sebahagian yang lain adalah dianjurkan secara
isyarat dan kesimpulan dari Hadith-Hadith Rasulullah SaLlaLlahu 'alaihi
Wasallam sendiri.
Selain dari yang disebutkan terdapat peraturan-peraturan yang khusus dibuat
untuk pertumbuhan dan penggalakkan kepada beberapa amalan dalam
kehidupan yang telah ditetapkan oleh Syari'at. Yang lain-lainnya memang telah
dianjurkan oleh Syari'at dengan menyerahkan kepada masyarakat atau
anggota-anggotanya yang berilmu dan berwibawa untuk menjaga
perkembangan atau peningkatannya.
Sekarang sampailah kita kepada Ma'rufat dalam kategori Mubah. Secara tegas
dapatlah dikatakan bahawa menurut Syari'ah setiap sesuatu yang tidak
dinyatakan laranganNya adalah dibolehkan (Mubah). Adalah tidak perlu satu
pernyataan keizinan wujud untuknya atau dengan tegas ia harus diserahkan
kepada pilihan kita. Lantaran itu Ma'rufat yang Mubah ini sangatlah luas,
keluasannya menggenapi berbagai perkara terkecuali perkara-perkara yang
khusus telah dilarang oleh Syari'at. Semua perkara (kecuali yang termasuk dalam
kategori yang lain) adalah Mubah bagi umat Islam. Dan inilah sesungguhnya
suasana dan lapangan di mana kita berikan kebebasan dan mengatur kehidupan
dengan peraturan-peraturan untuk menyesuaikan keperluan masa dan keadaan
agar senantiasa bersesuaian dengan roh Syari'at Islamlyyah.
MUNKARAT
Munkarat (yakni perkara-perkara yang terlarang dalam Islam) telah dibahagikan
kepada dua bahagian.
1. Haram (perkara-perkara yang telah dilarang atau diharamkan secara mutlak
dan tidak boleh dipersoalkan lagi).
2. Makruh (perkara-perkara yang tidak digalakkan kita melakukannya. Jika
dilakukan tidak berdosa tetapi apabila ia ditinggalkan diberi pahala).
Secara tegas dan jelas Islam telah mewajibkan ke atas penganut-penganutNya
supaya meninggalkan sama sekali perkara-perkara yang telah dinyatakan
larangannya (Haram). Begitu juga dalam perkara Ma'rufat, Syari'at menyatakan
Islam tidak gemar yang demikian, dinyatakannya perkara yang tidak digalakkan
itu secara terang-terangan atau dengan cara isyarat terhadap darjat perkara itu
tidak disukai. Sebagai misal, terdapat beberapa perkara Ma1 rufat yang
bersempadan dengan haram sedangkan yang lainnya berdekatan dengan
perkara-perkara yang Mubah (atau dibolehkan). Yang sudah pasti jumlah
perkara yang Makruh itu amatlah besar dan terletak antara dua kenyataan yang
sangat nyata (perbezaannya) yakni perbuatan-perbuatan yang sama sekali
dilarang (Haram) dan perbuatan-perbuatan yang dibolehkan (Mubah).
Selain dari itu terdapat dalam beberapa peraturan tertentu yang dinyatakan oleh
Syari'at untuk tujuan menghalang perkara-perkara Ma'rufat manakala untuk
yang lain-lainnya. Pengaturan-pengaturannya diserahkan kepada masyarakat
atau orang perseorangan menentukannya.
BEBERAPA SIFAT IDEOLOGI ISLAM
Demikianlah Syari'at telah menetapkan arahan-arahan sebagai peraturan untuk
mengatur kehidupan individu mahu pun masyarakat. Arahan-arahan ini
merangkumi berbagai-bagai perkara sebagai 'Ibadat khususiyyat, perwatakan
diri, akhlaq, kebiasaan, hubungan kekeluargaan, kebajikan sosial dan ekonomi,
pentadbiran, hak-hak dan tanggungjawab warganegara, sistem keadilan,
undang-undang perang dan damai dan hubungan antarabangsa. Ringkasnya
dapatlah disimpulkan bahawa peraturan-peraturan itu merangkumi seluruh aspek pergerakan hidup insan.
Petunjuk-petunjuk ini menjelaskan apa yang baik dan apa yang buruk; apa yang
menguntungkan dan bermanfa'at apa yang salah dan yang membinasakan;
apalah nilai-nilai kebaikan yang harus kita tanam dan kita galakkan, apakah pula
kejahatan-kejahatan yang harus kita perangi dan menyekatnya; apa bidang yang
diri perseorangan dan masyarakat boleh turut memberi sumbangan secara
sukarela, apa batas-batasnya dan akhir sekali apa pula cara-cara dalam usaha
menegakkan satu sistem masyarakat yang dinamik dan apa pula cara-gaya yang
harus kita elak. Syari'at sesungguhnya adalah satu peraturan hidup yang
sempurna dan merangkumi seluruh aspek kehidupan - tidak ada yang berlebihan
dan tidak ada yang berkurangan.
Satu lagi ciri Syari'at yang menonjol ialah ianya adalah satu keseluruhan organik.
Seluruh program hidup yang digariskan oleh Islam adalah dijiwai oleh semangat
yang sama dan kerananya sebarang pembahagian atau permisahan dari program
itu akan mencacatkan semangat mahupun susunan masyarakat Islam. Dalam hal
ini ia bolehlah dibandingkan dengan tubuh badan manusia yang merupakan satu
system organik. Sebelah kaki yang diceraikan dari badan manusia tidak boleh
dipanggil satu per lapan atau satu per enam manusia, sebab selepas terpisah dari
badan, kaki tidak lagi dapat menjalankan tugasnya untuk manusia. Malah untuk
ditempatkan di badan haiwan lain sekalipun jangan diharap ia dapat berperanan.
Begitu juga kita tidak dapat menetapkan satu pendapat yang jelas terhadap
penggunaan, kemahiran dan kecantikan tangan, mata dan hidung manusia
secara berasingan, tanpa menilai kedudukan dan tugasnya bersama badan
manusia yang hidup.
Perkara yang sama dapat dikaitkan dengan program hidup telah dikemukakan
oleh Syari'at Islam mengemukakan keseluruhan program hidup dan tidak
sebarang bahagian terpisah dari induknya. Oleh itu amatlah tidak wajar satu-satu
bahagian atau bahagian-bahagian dari Syari'at itu dipandang secara terpisahpisah
antara satu sama lain tanpa melihat keseluruhan sistem yang dikemukakan.
Begitu juga tidak akan ada apa-apa faedah sekiranya diterima satu bahagian
tertentu dan Syari'at dan dicantumkan pula dengan 'isme atau faham yang lain.
Syari'at akan hanya dapat berperanan dengan lancar dan dapat menunjukkan
keberkesanannya jika seluruh sistem hidup diamalkan menurut ketentuan yang
telah ditetapkan dan bukan sebaliknya.
0 comments:
Post a Comment