Sistem Akhlak Islam



Sistem akhlaq Islam ini mempunyai perwatakan-perwatakan dan keistimewaankeistimewaannya
yang tidak boleh diketepikan pada tempat ini. Apa yang akan
saya sebutkan sekarang hanyalah tiga perwatakan yang jelas sahaja, iaitu
perwatakan-perwatakan yang merupakan teras dan intinya, malah perwatakanperwatakan
ini sebenarnya, adalah di antara perkara-perkara yang utama
(priorities) dalam masalah sistem akhlaq:

Pertama: Bahawa Islam menjadikan 'menuntut wajah Tuhan dan mencari
keredhaanNya' itu sebagai matlamat yang dicarikan di dalam penghidupan
manusia, dan dengan itu dia mengadakan satu criterion akhlaq yang tinggi.
Tidak ada sesuatu yang dapat menyekatnya daripada mempertinggikan akhlaq.
Oleh yang demikian, dia telah memberikan ketetapan serta keutuhan kepada
akhlaq manusia yang mana membolehkannya maju dan berkembang, dan tidak
akan mungkin lagi bertukar rupa dan berubah warnanya dari satu ketika kepada
ketika yang lain. Begitu juga ketakutan kepada Allah menyediakan untuk akhlaq
satu kekuatan penggerak yang menggalakkan orang mengawasi serta
memerhatikan segala kehendak- kehendaknya tanpa dimasuk campur oleh
mana-mana faktor luar. Ini juga menimbulkan di dalam perasaan manusia dan
membentuk - kerana keimanannya dengan Allah dan hari kemudian - satu
kekuatan yang menakutkan seseorang dan yang menggalakkannya beramai
dengan sendirinya mengikut undang-undang akhlaq.

Kedua: Bahawa dengan galakan dan dorongan mutlak ini, Islam tidaklah
mengada dan merekakan akhlaq dan tatasusila baharu yang tidak pernah
dibiasakan oleh manusia sebelumnya, tidak juga Islam menurunkan
setengah-setengah akhlaq manusia yang sudah dikenali orang dan mengangkat
setengah-setengah yang lain. Dia tidak memakai akhlaq melainkan apa yang
sudah terma'lum di sisi sekelian manusia. Akhlaq yang sudah termaklum itu
tidak disingkirkan, baik kecil atau besarnya, tetapi diambil dan didapatkannya,
kemudian diletakkan tiap-tiap satunya ditempatnya yang sebenar di dalam
penghidupan manusia. Perlaksanaannya diperluaskan secara leluasa ke atas
manusia, sehingga tidak ada lagi cabang-cabang dan segi-segi hidup yang masih
tersisa - seperti kerja-kerja perseorangan, urusan-urusan rumahtangga,
pergaulan-pergaulan sosial, hal-hal politik dan ekonomi, jual beli di pasar,
urusan-urusan di sekolah, di mahkamah, di balai polis, di kem-kem tentera, di
medan perang, di persidangan damai dan urusan-urusan lain seterusnya dari
segi-segi penghidupan manusia yang lain - tidak ada lagi yang masih tersisa
melainkan kita lihat kesan-kesan akhlaq yang sepenuhnya tertanam di dasar
segi-segi tersebut. Islam menjadikan akhlaq menguasai dan mengawasi dalam
segala segi penghidupan. Apa yang dikehendaki oleh Islam dengan yang
demikian itu ialah merebutkan teraju urusan-urusan hidup dari kehendak nafsu
syahwat, dari tujuan-tujuan serta kepentingan- kepentingan diri sendiri dan
meletakkannya di tangan akhlaq yang bersih dan tingkah laku yang baik.

Ketiga: Keistimewaan yang ketiga bagi sistem akhlaq Islam ialah, bahawa dia
meminta dan menuntut manusia agar mendirikan satu sistem hidup yang mana
tiang-tiangnya tegak di atas kerja-kerja yang baik, tidak dikotori oleh sebarang
kemungkaran. Dia menyeru manusia seluruhnya supaya melakukan kerja-kerja
kebajikan dan menyibarkan usaha-usaha baik yang dipandang oleh manusia
setiap zaman dan tempat dengan pandangan memuji dan memuja. Sebaliknya
hendaklah menolak dan menghapuskan segala kemungkaran yang sentiasa
dipandang oleh manusia dengan pandangan keji dan menghina. Orang yang
menyahuti akhlaq ini dan mengalu-alukan seruannya, mereka digolongkan oleh
Islam ke dalam golongannya, dan dari merekalah dijadikan umat Islam. Tidak ada
tujuan Islam yang lain dengan menjadikan mereka itu sebagai satu umat,
melainkan ialah kerana mahu mengembelingkan segala usaha dan kerja sosial
mereka ke arah mendirikan kebajikan serta mengukuh dan menyebarkannya,
juga membendung dan menghapuskan kemungkaran, membungkaskan akar
umbinya. Jika sekiranya umat ini kembali mengerjakan kemungkaran dan
melakukan kejahatan, jika dia mula menurut perjalanan orang-orang yang
menentang kerja-kerja kebajikan dan berusaha memadamkan sinarnya, tidak
tahulah apa yang akan terjadi ke atas dunia dan umat ini. Tidak ada daya dan
kekuatan melainkan dengan Allah saja.



0 comments:

Post a Comment