SISTEM SOSIAL Dalam Islam



Sistem sosial Islam terbena di atas teori: Bahawa zuriat-zuriat manusia di atas
muka bumi ini seluruhnya adalah daripada keturunan yang satu. Pada mulanya
Allah menciptakan satu jiwa (diri) sahaja. Daripadanya diciptakan pula
pasangannya. Dan daripada kedua-duanya itulah disebarkan seluruh zuriat
manusia yang kita lihat meneroka dan menghuni di merata pelusuk dunia hari
ini. Titihan sepasang manusia ini terus menerus pada mulanya merupakan satu
umat dengan agama dan bahasa yang satu, tidak ada sebarang perbezaan dan
perpisahan di antara mereka. Tetapi semakin mereka membiak dan bertambah
banyak, semakin bertaburanlah mereka di segenap rantau bumi ini, dan kerana
ini secara tabi'inya mereka pun berpecahlah kepada bermacam-macam bangsa,
umat dan suku. Seterusnya perbezaan juga menjalar kepada bahasa- bahasa,
pakaian-pakaian serta cara-cara kehidupan mereka. Keadaan udara berbagaibagai
daerah itu telah mempengaruhi pula terhadap warna kulit serta bentuk
muka mereka dengan pengaruh yang besar. Semua perbezaan ini adalah
perbezaan-perbezaan tabi'i yang kerana jawatannya. Tidak boleh seseorang
mencabul hak-hak yang diuntukkan buat orang lain kerana berbangga dengan
satu-satu keturunan atau bersandar kepada satu-satu keluarga atau lapisan yang
tertentu di dalam masyarakat. Begitu juga tidak ada di kalangan mereka seorang
lelaki menjadi mulia atau hina kerana keluarganya, atau kerana harta dan
kekayaan yang dimilikinya. Tetapi di dalam masyarakat ini seseorang menjadi
mulia dan terhormat bila mana dia menghiasi dirinya dengan perangai-perangai
yang baik dan mempunyai taqwa serta takut kepada Allah, lebih daripada yang
dipunyai oleh orang-orang lain.
Masyarakat ini tidak dibataskan dengan batas-batas keturunan dan warna kulit,
tidak pula dengan batas-batas geografi. Malah dia melampaui itu semuanya dan
boleh tersibar di seluruh penjuru dan pelusuk bumi ini, sehingga terdiri di
atasnya persaudaraan manusia antara bangsa. Tetapi masyarakat-masyarakat
yang bercorak keturunan dan kebangsaan, ianya tidak dapat disertai melainkan
oleh mereka-mereka yang berasal daripada keturunan tertentu sahaja. Pintunya
tertutup terhadap anak-anak manusia selain mereka. Masyarakat, fikiran dan
akhlaq Islam ini sentiasa membukakan pintunya untuk tiap-tiap orang yang
percaya dengan satu 'aqidah dan satu pengontrol akhlaq yang tertentu di mana
dia turut menggabungkan dirinya ke dalam masyarakat ini dan menikmati segala
hak yang sama dengan apa yang dini'mati oleh orang lain. Kemudian, orangorang
yang tidak mempercayai 'aqidah dan pengontrol akhlaqnya, sungguh pun
negara Islam ini tidak memandang mereka sebagai anak-anaknya dan orangorang
yang bernaung di bawah panji-panjinya, namun dia merangkul mereka
dengan emosi-emosi kemanusiaan yang menyeluruh dan dia tidak memutuskan
hak-hak semulajadi manusia daripada mereka. Jelas dan terang bahawa dua
orang adik beradik, bila mana kedua-duanya menganut fikiran dan 'aqidah yang
berbeza serta menjalani dua jalan yang berlainan dalam hidup ini, tidaklah
bererti bahawa ikatan keturunan di antara kedua-duanya sudah putus. Begitu
juga apabila terbahaginya keturunan manusia atau terbahaginya penduduk
mana-mana negeri kepada dua golongan: satu golongan percaya kepada 'aqidah
dan prinsip-prinsip ini, sedang satu golongan lagi tidak percaya kepadanya,
tidaklah diragukan lagi bahawa mereka sudah terpisah begini kepada dua buah
masyarakat yang berbeza, tetapi persaudaraan manusia masih tetap juga
mengikat antara kedua-duanya. Di atas asas-asas kemanusiaan bersama inilah,
masyarakat Islam telah menyerahkan apa yang boleh5 digambarkan sebagai
hak-hak manusia dan memberikannya kepada seluruh masyarakat yang bukan
Islam.
Sekiranya anda sudah memahami segala tonggak sistem sosial Islam itu, marilah
sekarang kita mengkaji dan menyelidiki tentang peraturan-peraturan dan tata
cara kerja yang telah digariskan oleh Islam untuk berbagai- bagai rupa gotongroyong
atau saling memikulkan tanggungjawab di dalam masyarakat manusia.
Institusi pertama dan yang terpenting kedudukannya dalam masyarakat
manusia ialah rumahtangga. Institusi nilah yang membangunkan binaan
masyarakat dan mengwujudkan anggota-anggotanya dengan jalan perkahwinan
antara sepasang manusia. Dengan perkahwinan ini lahirlah ke alam wujud ini
generasi baharu yang tercabang daripadanya ikatan-ikatan kerabat, pertalianpertalian
adik-beradik dan lainnya dari ikatan- ikatan keluarga. Dan ikatanikatan
ini terus berkembang dan meluas sehingga menghamparkan sayapnya ke
atas masyarakat yang rendang segi-seginya. Selain dari itu, rumahtangga adalah
institusi yang mana di dalamnyalah akhlaq setiap generasi itu dilatih dan
disediakan untuk memikul tanggungjawab untuk ketamadunan manusia yang
hadap adik-beradik dan kerabat yang tertentu sahaja. Selain itu dihalalkan
untuk seseorang mengahwini sebagaimana yang dikehendaki dan sesiapa yang
dikehendaki dari kalangan sanak-saudara dan kerabat dekat atau jauh. Islam
sudah melampaui perbezaan-perbezaan perkauman dan meruntuhkan langsung
tiangnya. Diizinkannya dengan leluasa untuk orang Islam bernikah-kahwin
sesama mereka, disuruhnya mereka bersederhana dalam meletakkan mahar
perempuan dan bersederhana dalam menyediakan kelengkapan-kelengkapan
-nya sehingga mampu ditanggungi oleh kedua-dua belah pihak. Untuk
menjalinkan ikatan perkahwinan dalam pandangan Islam, tidaklah diperlukan
seorang qadi, seorang alim atau seorang kerani, malah sebenarnya ikatan
perkahwinan di dalam masyarakat Islam hanyalah merupakan satu kerja mudah
yang boleh diputuskan dengan saling berkesudian di antara sekelamin manusia
yang sudah baligh dengan disaksikan oleh dua orang saksi. Tetapi ikatan ini
tidak harus dilangsungkan secara sulit dan rahsia, malah wajib dilangsungkan
secara nyata dan terang-terangan.
Islam telah menjadikan suami sebagai ketua atas isterinya dan sebagai pengelola
atas segala urusan rumahtangga agar diletakkannya di atas asas yang kukuh dan
peraturan yang baik. Disuruhkan isteri patuh dan berbakti kepada suaminya
seperti mana disuruhkan anak-anak patuh dan berbakti kepada ibu bapa. Islam
tidak senang dengan rumahtangga yang tidak kuat tiang serta sendinya; rumahtangga
yang tidak ada ketua dan pengelola, tidak ada di dalamnya orang yang
bertanggungjawab terhadap tingkah-laku para anggotanya, juga terhadap
pergaulan dan berbagai-bagai urusan mereka. Bila mana sudah termaklum
bahawa peraturan rumahtangga tidak mungkin beres, kecuali dengan adanya
ketua dan pengelola atas segala urusannya, ketua keluarga adalah lebih patut dan
lebih layak disandang oleh suami daripada orang-orang lain di dalam pandangan
Islam. Tetapi ini tidaklah bererti bahawa Islam telah menjadikan suami sebagai
seorang diktator terhadap anggota-anggota rumah yang boleh mengepalai
mereka sekehendak hatinya, sedang isteri hanya diserahkan kepada suami untuk
dimilik dan tidak ada peranan dan pengaruhnya dalam mentadbir dan
menguruskan rumahtangga. Kasih-sayang dan kasihan-belas adalah merupakan
asas yang hakiki bagi pergaulan rumahtangga di dalam Islam. Jika wanita wajib
mematuhi keinginan suaminya, demikian jugalah suami wajib menggunakan
pengaruhnya untuk kejayaan, kebahagiaan dan keharmonian keluarga, bukan
menggunakannya untuk kezaliman dan pencerobohan. Islam tidak ingin
mengekalkan hubungan suami-isteri melainkan jika hubungan itu disertai
dengan kemanisan kasih-sayang dan kasihan belas, atau sekurang- kurangnya
boleh dilangsungkan pergaulan yang baik. Sekiranya pergaulan ini sudah tidak
mungkin lagi, Islam memberi pilihan kepada suami supaya menceraikan
isterinya dan memberi pilihan kepada isteri supaya berpisah dari suaminya.
Begitu juga Islam mengharuskan kepada Mahkamah Islam untuk membatalkan
nikah bilamana kasih-sayang dan kasihan-belas itu bertukar menjadi kacau-bilau.
Daerah yang paling dekat kita dapati selepas daerah rumah tangga yang sempit
itu ialah daerah kaum-kerabat dan sanak-saudara yang mempunyai hubungan
darah. Islam mahu melihat mereka yang terbuhul di antara satu sama lain
dengan ikatan-ikatan anak-pinak, persaudaraan, atau yang menjadi padanya…
…dia adalah dari ahli neraka." Kata mereka lagi: Ada seorang perempuan lain
menunaikan sembahyang fardu dan bersedekah dengan lembu-lembu dia tidak
menyakiti sesiapa. Rasul Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda: "Dia adalah dari
ahli syurga".6
Pernah juga Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda: "Wahai Abu Zar! Jika
engkau memasak sayur, perbanyakkanlah airnya dan bahagi-bahagikanlah
kepada jiran tetanggamu."7
Pendek kata, Islam mahu memesrakan di antara mereka yang dibuhulkan oleh
ikatan-ikatan jiran-tetangga dan menjadikan mereka saling jamin-menjamin
dalam segala suka-duka yang mereka hadapi, dan Islam juga mahu mengadakan
ikatan-ikatan percaya-mempercayai dan harap-mengharapi sehingga tiap-tiap
seorang dari mereka dapat dipercayakan oleh saudaranya terhadap diri,
kehormatan dan harta punyanya. Inilah dia pergaulan Islam dan tatasusilanya.
Ada pun pergaulan yang di dalamnya kita dapati dua orang tetangga yang hanya
dipisahkan oleh sekeping dinding sahaja, sedang mereka tidak kenal-mengenal
meski pun sudah sekian lama mereka berdekatan, pergaulan yang tidak terdapat
di antara penduduk satu kawasan itu sedikit pun kemesraan, kasih sayang dan
saling percaya-memperpayai, maka tidaklah boleh dianggap sama sekali dari
pergaulan Islam.
Kemudian selepas ikatan-ikatan yang agak berhampiran ini, kita menemui satu
daerah hubungan-hubungan yang luas, iaitu hubungan-hubungan yang
merangkum jama'ah Islam seluruhnya. Inilah sedikit prinsip- prinsip dan
lunas-lunas yang di atasnya Islam mendirikan penghidupan sosial kita di dalam
daerah yang luas ini:

"Adapun orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat
kami, mereka itu adalah penghuni neraka. (Surah al-Maidah: Ayat 10)."

"Kamu adalah umat yang paling terbaik yang dilahirkan untuk manusia. Kamu
menyuruh dengan kebajikan dan kamu melarang dari kemungkaran. (Surah Ali
'Imran: Ayat 110).8"

"Awasilah kamu dari sangka mara, kerana sangka mara itu adalah percakapan
yang paling dusta. Dan jangan kamu mengintip, jangan berlawan-lawan, jangan
hasad-menghasad, jangan dengki-mendengki dan jangan kamu mengadakan
pakatan yang jahat. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.9"


0 comments:

Post a Comment